Saturday, 12 December 2015

National Skin Day 2015

Assalamualaikum ......Bismillah

NATIONAL SKIN DAY, 16 MAY 2015, HOSPITAL SERDANG......bermulanya penglibatan dalam PERKID

facebook: National Skin Day 2015


National Skin Day 2015,aq dtg bersama baba tapi dah terlewat,nasib baik sempat utk slot kami. First niat nak datang tu..dgn harapan aq bole jumpa balik 'keluarga' yg aq pernah ziarah dulu n dapat jumpa lagi 'ahli keluarga' yg baru. Alhamdulillah Allah kabulkn doaku.

Dr Sabeera, yg aq selalu jumpa setiap 6 bulan
source: Facebook National Skin Day 2015

paparazi everywhere..haha
source: Facebook National Skin Day 2015


ok,tiba lah slot yg aq nantikan.....nampak 2 orang 'keluarga'ku masuk dalam dewan...bagi ucapan *dlm hati kecewa gile,alaaa takkn 2 org je.





Dr, "sy dah nampak awk n mmg plan nk minta awk berucap jgk kt depan tp dah tak cukup masa....". fuhh nasib baik.

ok bile dah habis event dalam dewan tu,kami pon keluar utk cari 'keluarga' yg lain n yeay, Jejak Kasih sangat.

love them, lillahitaala








Alhamdulillah bile jumpa dorang, terasa cam Retis plk sbb dorang sume pkai persatuan..aq pkai baju lain n over sikit..haha,sume nk bergambar..mmg riuh dgn loghat2 kedah,kelate n selangor...senyuman mmg takleh lari.

bile jmp dorang...Ya Allah,Alhamdulillah Engkau hantar 'ahli keluargaku' utk memberi semangat,utk bersyukur...bahwa ade insan yg lebih teruk dari kami....dan kami percaya,Engkau takkan bg sesuatu ujian sekiranya hambaNya tak mampu utk hadapinya..dan Alhamdulillah kami adalah insan terpilih yg sgt istimewa dikurniakan Anugerah ini.

waktu ni mama tak ikut sbb ade meeting kt rumah...tp bile baba share gambar2 dlm whatsapp family, mama nangis tengok gambar2 tu.. MasyaAllah, Allah Maha Mengetahui...Die tak izinkan mama utk pergi sbb Die tau tahu mama tak kuat utk berjumpa mereka. Hati seorang ibu yg melahirkan n menjaga anak istimewa,melihat keadaan mereka yg lebih teruk dari aq

PERKID...kami tubuhkan persatuan Itchyosis di Malaysia utk kumpulkan ahli keluarga kami,bersatu,support each other dan tunjukkan pada masyarakat bahwa kami juga manusia biasa cume perbezaan kami dari segi rupa dan luaran. Lamellar Itchyosis bukanlah satu penyakit yg berjangkit. dan kami juga mempunyai kelebihan sama mcam orang lain ade. 
Kami sukar utk dapatkan tawaran kerja hanya kerana melihat pada rupa kami tanpa menilai kelebihan dan kepakaran yg kami ada, suasana di tempat belajar,masyarakat sekeliling yg sentiasa menghina dan melihat kami seolah manusia yg jatuh dari planet lain.

ok aq nak share ape yang terlintas di fikiran n hati bile aq keluar,masyarkat pandang dgn pelbagai makna,bunyi yg Sangat mengGuriskan Hati ibubapa yg melahir dan membesarkan kami. 
"Ya Allah,janganlah bg mama baba nampak mata2 yg memandang aq ni.......adoi dah2 r tu pandang......korang ni kan,drpd hina aq...tak pernah ke fikir 'bagusnya die ni,walaupon rupa die cam tu tp die tak kisah utk keluar n jalani hidup cm biasa...yakin ke ape' ".
yes,mmg ade yg terfikir cam tu. thanks sangat!

trend masyarkat...bile nmpk insan istimewa, pandang lama2 tak kelip2.....paling tak bole belah hina,mulut tu ejek2,buat muka..... people,dari buat cam tu..korang dpat dosa,kami dapat pahala percuma...lebih baik doakan ke,at least kite same2 dapat pahala.
tak gitu????

" Don't Judge a book by its Cover, you Don't know what They Have Been Through."



TravelogueWaddah ....bersambung

Wednesday, 9 December 2015

#sisbukanRetis...Beauty has nothing to do with looks...

Assalamualaikum.....Bismillah





First, let me show you my BEAUTIFUL QUEEN !

Mama selalu pesan,"CANTIK tu Sangat SUBJEKTIF".

Setiap orang menilai keCantikan dgn berbeza2. Kadang2 orang tu nampak cam sweet,cantik,ayu je..tp dimata orang lain mungkin die nampak biase je. Biasanya org yg nampak Cantik ni adalah seseorang yg selalu senyum atau mudah tersenyum. SENYUM ITU SEDEKAH.

CANTIK AKHLAK. Kenapa kite terlalu fikirkan 'cantik' di mata manusia, sampaikan kite lupa utk nampak 'cantik' di mata Die. Cantik Akhlak, Cantik Iman, Cantik Amal Soleh. InsyaAllah bile dalaman kita Cantik, secara automatik luaran pon akan nampak cantik.

Cam mana eh perasaan jadi orang cantik ni?? Maklum aq tak pernah rasa jdi orang cantik ni... Cantik Akhlak tu insyaAllah,sentiasa dalam proses. Kaum hawa yg cantik,gojes,flawles bla3 ni, kadang2 aq jeles Tp kadang2 aq kesian n tertanya2...mcm mne dorang yakin yg 'boyfriend' dorang ni mmg sayang dirinye seadanya bukan kerana keCantikan yg dimiliki semata. Hmm,susah jgk jadi orang Cantik ni.

Nak share...Alhamdulillah, Allah SWT hantar insan2 yang Cantik Rupa Paras dan Cantik Akhlak dekat ngan aq. MasyaAllah! Terasa diri ni seperti mereka..tapi retis jela!

find me...tenggelam dah bile dikelilingi Wanita2 Syurga

with Kak Dina (Sis Wardina Safiyyah) #part1

with Sis Liyana Hisyam

with Kak Ija (Sis Heliza Helmi) #part1

with Sis Najlah Ishak #part1

with Sis Irma Hasmie


with Sis Yatt Hamzah #part1


with Kak Dina (Sis Wardina Safiyyah) #part2

with Sis Aisyah

with Kak Dina (Sis Wardina Safiyyah) #part3

with Bro Fedtri Yahya

with Sis Ain Maisarah

with.....
Sis Ana Raffali,
Sis Raja Farah
 Kak Dina (Sis Wardina Safiyyah) #part4

with Sis Mizz Nina #part1

with Sis Fara Fauzana

with Sis Yatt Hamzah #part2

with Kak Dina (Sis Wardina Safiyyah) #part5

solat jemaah... sebelah Sis Ayesha Syahira,
Sis Kak Ija (Heliza Helmi) #part2


with MAMA

with Kak Ija (Sis Heliza Helmi) #part3

with Sis Diana Amir

with Ustz Fatimah Syarha

with Sis Dena Bahrin

with Sis Aida Khalida

*tak perasan duduk sebaris dgn Aida Khalida

with Prof Dr Harlina Haliza

with Sis Mizz Nina #part2


with Bro Aizat Amdan

with Bro Faizal Tahir

with Sis Mya Zulkifli

with Kak Dina (Sis Wardina Safiyyah) #part6

with Bro Adi Akmal

with Bro Firdaus Ghufran

with Sis Farrah Adeeba,
Sis Anis Syazwani

with Kak Ija (Heliza Helmi) #part4

with Sis Waheeda

with Kak Dina (Sis Wardina Safiyyah) #part7

with Sis Fatin Ilani

with Sis Najlah Ishak #part2

Dato Siti NurHaliza...duduk sekerusi, wuut wuut

a woman beauty is not in her features, the shade of her skin, or her possessions. true baeuty is in her heart,her iman,her taqwa and love for her deen. 

Aq ni bukanlah "Hot Insta" / "Insta Famous" tapi alhamdulillah selalu la jugak dapat feedback,org mintak no fon nak contact...tapi pompuan jela yg dilayan ye.
"Sis, cm mne eh sy tngok sis ni yakin masuk dlm masyarakat, tak kesah ttg rupa sis,kuat....bla3", ada tu sbb die jongang, byk jerawat, kulit hitam manis..mcm2. 
MasyaAllah sister,knp mesti serabutkn kepala fikir2 benda2 tu..yg penting Cantik Akhlak, Kemasan diri,Kebersihan...yg lain2 tu Anugerah Allah, Die cipta kita ni mcm ni ade sebabnya n yg pasti ade hikmahnya. Aq selalu jawab, 
"sis,sebelum sis merungut2 ni..ade tak sikit je sis bersyukur? thanks adore but tipu la klo sy ckp yg sy tak pernah rase down lgsg..of course ade lagi2 pompuan kan.. tapi bile sy down,benda yg pertama yg automatik datang kt kepala ni..klo aq down,mama yg lahirkan aq dulu cm mne,family ... n seburuk2 yg sis rase,at least sis masih nampak as manusia normal but me...?? totally different......bla3"

people will continue to judge you but there's no need to worry when you know in your heart that Allah knows your intentions


beautiful people are not always good , but good people are always beautiful
 -Ali Ibn Abi Talib-

Semua orang ade keCantikan die tersendiri...dont worry, be happy! kaum adam,rugi lah kamu klo sanggup meninggalkan perempuan yang Cantik Akhlaknya demi perempuan yg hanya Cantik Rupa Parasnya.

beauty has nothing to do wih looks... rather its's how you make others feel, it's how sincere your intentions are, and it's measured by the size of your heart.


TravelogueWaddah .....bersambung