Tuesday, 3 January 2017

1st Day masuk sekolah | 2017

Assalamualaikum..... Bismillah

" The first step in knowledge is to Listen, then to be Quiet and Attentive, then to Preserve it, the to put it into Practice and then to Spread it."
-Sufyan bin 'Uyainah-

First entry 2017 | 3rd January 2017

Entry kali ni takde point sgt pon, saje throwback zaman sekolah + jeles tengok orang lain post cite adek die first day kt sekolah....kite ni takde adek,sbb kite la adek so cite pasal diri sndr jela πŸ‘§πŸ»

Darjah 1,time orientasi cikgu suruh buat barisan n jalan pusing2 satu sekolah...adek duk belakang sekali n baba ikut kt blkg (cm bodyguard plk,haha 😎) ...sikit2 toleh belakang nk make sure baba ade..suddenly pandang belakang baba tak de 😳😱😰..arghh,ape lagi..banjir sek 😭😭😡 adek keluar je dari barisan tu n cari baba (duk belakang sekali takpe..tak kantoi klo lari).. meronda 1 sekolah sambil nangis2, sekali tengok2 baba tengah borak n discuss dgn guru besar tentang my "special case"..n disebabkn itu, adek dpt layanan VVIP..time assembly org beratur panas2..adek sedap duk bwh bumbung sampai lh sekolah mengengah..haha

First day darjah 1 jgk, waktu rehat mama baba along dtg sekolah.
Memang panas gile time tu..pastu muntah sbb tak tahan. Next day lepas tu, mama baba selalu bekalkn tuala kecik utk basahkn n lap2, dgn air sejuk (1 botol air masak yg di'ice'kan) 🍼
..haa yg ni mmg ramai tumpang lh πŸ˜…
Sharing is Caring gituh πŸ’ž

Haa dlm kelas plk, ade jugak tau layanan VVIP, dpt duk bawah kipas ❄ klo ikutkn mmg hotspot sume org la..tp dah di reserve 😏😏 sorry guys, it's mine..haha

Dulu (darjah 3 kot), acah2 nk masuk KRS (Kadet R.... Sekolah) *lupe nme full* tp reason nk masuk tu sbb tengok pakaian die smart gile..aq mmg, bkn jenis yg suke pkai ayu2 ni cm Puteri Islam (tp pernah gak masuk sbb aktiviti die sume simple2..haha malas) *ok back to the topic.. Haa sbb KRS kn kene pakai boots high cut yg smart tu (#bootslover) so sbb tu je tp kene la sedar diri ni tak mampu..KRS kn kne byk kawad,aktiviti luar n sedar diri ni tak mampu nk bertahan kawad lama2 tengah panas.. N teringin sgt nk jadi pengawas, but still tak de rezeki atas sebab yg same...redha jela.

Tapi an...tak dpt jdi pengawas, kite pulak yg jd tukang belasah org, haha ☠ 
(nk tau cite, bole bace kt entry sebelum ni, "Gangster vs SelfDefence" siap ade Part1 n Part2 lg,haha)


*ok dahlah..banyak lg nak cite tapi just nk share je, takde point yg boleh jadi pengajaran pon...
haha Lol




ni muka zaman muda dulu, malam sebelum pmr


Graduated dari alam sekolah.. 3 tahun lepas



ok2, gambar formal

OOTD 



ok ni tak edit #no filter but yeah,maybe lighting on point sgt...but time ni memang tengah baru lepas salin kulit


Belajar atau mencari Ilmu adalah perintah Allah SWT. Baik budak kecik, remaja bahkan orang tua sekalipon. Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan.
Menuntut ilmu sememangnya telah dituntut oleh agama. Namun menuntut ilmu itu bukannya dengan mempelajari sebarang ilmu dengan sewenang-wenangnya, malah perlu diambil kira tujuan dan syariat sebenar mempelajarinya agar ianya dapat bukan sahaja memberi manfaat kepada si penuntutnya malah juga kepada orang lain, bukan sahaja hanya untuk tujuan duniawi bahkan seharusnya dibawa kepada akhirat kelak. Oleh itu Islam menggariskan panduan dan cara menuntut ilmu dengan betul. Berikut adalah cara menuntut ilmu yang sewajarnya dituruti oleh setiap umat Islam dalam menuntu ilmu:
1. Ikhlas kerana Allah.
Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran agar mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang sejenisnya, maka Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya :
“Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau syurga pada hari kiamat”( Hadith riwayat Ahmad, Abu, Daud dan Ibnu Majah)
Tetapi kalau ada orang yang mengatakan bahwa saya ingin mendapatkan syahadah (MA atau Doktor, misalnya) bukan kerana ingin mendapatkan dunia, tetapi kerana sudah menjadi peraturan yang tidak tertulis kalau seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya menjadi lebih didengarkan orang dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar. Niat ini – insya Allah – termasuk niat yang benar.
2. Untuk menghilangkan kebodohan dirinya dan orang lain.
Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk meng-hilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat mengambil faedah dari ilmu kita.
Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat pada orang lain itu kita duduk dimasjid dan mengadakan satu pengajian ataukah kita memberi manfa’at pada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawaban yang benar adalah yang kedua; kerana Rasulullah bersabda :
“Sampaikanlah dariku walupun cuma satu ayat (Hadith riwayat Bukhari)
Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: “Bagaimanakah yang demikian itu?” Beliau menjawab: “ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain”.
3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari’at.
Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari’at. Kerana kedudukan syari’at sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid’ah), sebagaimana tuntunan yang diajarkan Rasulullah. Hal ini tidak ada yang mampu melakukannya kecuali orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Qur’an dan As-Sunnah.
4. Lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat.
Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalaan aqidah, kerana persoalaan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf. Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat telah ada sejak zaman shahabat, bahkan pada masa Rasulullah masih hidup. Kerana itu jangan sampai kita menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeza pandapat dengan kita.
5. Mengamalkan ilmu yang telah diperolehi.
Termasuk adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh, kerana amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak maupun muamalah. Kerana orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).
6. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.
Penuntut ilmu harus selalu lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama.

7. Mencari kebenaran dan sabar

Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadith misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut. Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu adalah shahih, kita berusaha lagi mencari makna (pengertian ) dari hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus sabar, jangan tergesa-gasa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang kita tuntut.
<kopi pasta>









PALING PENTING !!!




TravelogueWaddah....bersambung


Friday, 2 December 2016

"retis" youtube ... sekejap je

Assalamualaikum.... Bismillah






https://www.youtube.com/watch?v=hr3uuekRiWk



[11/29, 10:16 AM] Emergency Baba πŸ’–:
Adik....baba suka video tu...πŸ˜­πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘. Cant stop 😭😭😭

[11/29, 11:09 AM] Mama πŸ’—:
Dah like 😭
Semoga anak mama semakin qawiy@kuat dan berjaya dunia akhirat.
Allah tidak memandang parasrupa, warna kulit, harta, pangkat, bangsa... Allah melihat taqwa dan usaha kita.

[11/29, 10:28 AM] Baba πŸ’– :
😭😭😭....Allah melihat apa yg ada didalam habibi...

[11/29, 10:28 AM] Baba πŸ’–
Utk sharing sahabat2 semua...Allah kurniakan kami seorg anak yang sungguh istimewa dlm hidup kami...beliau dilahirkan dgn Congenital Lamellar Icthyosis...sejenis skin disorder yang menyebabkan kulit beliau kering dan sentiasa mengelupas. Kehidupan dia penuh cabaran...Alhamdulillah adik (itu panggilan kami utknya)...berjaya berdikari dan teruskan kehidupannya dengan tabah.
Alhamdulillah Ya Robb...Kau mengajar kami rasa bersyukur.


[11/29, 11:10 AM] Makcik Malia (Ummi Jem) ‬: 
Mawaddah, u r amazingly strong. May Allah bless you.

[11/29, 11:14 AM] Pn Haidar: 
πŸ˜ŠπŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏπŸ˜’sebakkk sy...
Ingat....semua ciptaan Allah itu indah belaka.....
Setiap apa yg diberikan, diciptakan utk kite ade hikmah,kebahagian dsebaliknya...😘😘😘
I'm proud of you πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹

[11/29, 1:14 PM]  En.mimpi (gelaran yg diberi sendiri πŸ˜„) :
Adik..en mimpi dah tgk video tu...cair hati jantan abg taw...the ending part sebak sikit...cover xnak sedih..tp sedih jugak...semoga adik tabah dan senyum selalu mcm biasa...ada org yg menerima adik walaupon ada yg tdk menerimanya..apa ponn abg sentiasa menyokong adik di bwah..You're different because you're special🌹

[29/11, 11:19 a.m.] RSRosmawatiZainal: 
Subhanallah! menghayatinya sampai nampak Mas dlm lenggok dan tawanya
Moga Allah terus bagi kekuatan dan ketabahan kpdnya mengharungi kehidupan ini

[11/29, 1:33 PM] Jannah Nizam : 
Modahhh serius tgok video makin rindu awak πŸ˜–πŸ˜–πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­
Rindu nk tarik kulit awak.. ingat tk kte suka buat tu tpi tkut awak sakit πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­

.......... 
Dah tengok Mawaddah yg manis tu....
Semoga Allah sentiasa memberi kebahagiaan pd die n yg senasib dgn die
InsyaAllah

..........
Terima kasih Mas..muga anak Mawaddah dan anak2 yg lain Tabah dalam menghadapi segalanya..Doa kami tetap bersama mu...

..........
Bangga dengan mawaddah....boleh terima takdir illahi...semuga boleh menjadi contoh pada ank2 yg lainnya....
Kami sayang mawadah sampai bila2..❤

..........
Mawaddah adalah insan yg teristemewa...kekuatan dan ketabahannya menjadi Iperasi pada kami love u mawaddah dah dua Kali tengok ulang2 video tu Kak mas..🌹🌹🌹

..........
Untuk mawaddah..hanya insan terpilih dan tabah yang Allah pilih untuk menghadapi semua ini...jadilah serikandi yang berjuang memberitahu dunia bahawa kita semua sama...tidak kira apa jua keadaan kita...makcik mendoakan mawaddah sentiasa di beri kesabaran yang tinggi di kala di uji...kerana kesabaranmu akan menjadikan mu lebih kuat dari hari ke hari.......you are so sweet...be strong...❤ u..

..........
Mawaddah adalah insan yg teristemewa...kekuatan dan ketabahannya menjadi Iperasi pada mama...🌹🌹🌹

...........
Kak mas anak saya yg perempuan masa kecil pernah alami masalah kulit bersisik..yg agak teruk...dr dan.nurse yg merawat.. dengan kasar..hingga jatuh katil...dan berdarah2 satu badan...3 ke 4 tahun juga dia mengalaminya...dan sekarang hanya eczema.....saya sangat faham macam mana rasa...bila..anak kita di pandang...sebelah..mata...hanya airmata dan kita yg rasa...semoga mawaddah tabah...dan kental....

[11:19PM, 30/11/2016] ..........
Sedihnye video ni mus 😭. Kita harap dia tabah insyaAllah Allah sentiasa ngan dia πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺπŸΌπŸ˜‡

[12:14AM, 03/12/2016] ‪+60 12-370.... ‬: 
Nak nangis kot tgk yg tu

[12:14AM, 03/12/2016] ‪+60 12-370.... ‬: 
Cmne la sister tu hidup

[12:14AM, 03/12/2016] ‪+60 12-989.... ‬:
Sedih gila video tu

[12:14AM, 03/12/2016] ‪+60 12-370.... ‬: 
Serious sedih

[12:14AM, 03/12/2016] ‪+60 12-989.... ‬: 
Shes so strong

[12:14AM, 03/12/2016] ‪+60 12-370.... ‬: 
Yg paling sedih. 😩  Yep. Kalau kita, x sggup da

[12:16AM, 03/12/2016] ‪+60 12-989.... ‬: 
Hopefully dia akan terus kuat dan sentiasa kuat. Kirim salam kt dia..suruh dia terus kuat dan stay positive
<hasil kopipasta & forward>
*will update time to time...really appreciate πŸ’˜










.....thank you jgk pada sume yg walaupon xde dlm post2 di atas.. ☝ yg dishare n forward....


Awal2 kak mus terangkan jalan cite video ni, terus rase cam "eh,ni cam dh kira video aq..ttg aq" haha.
Then waktu shoot..mmg rase cm dilakonkan semula....sbb semua yg dlm video tu mmg betul pernah berlaku, aq pernah lalui..just throwback je. Kira video ni based on true story!

Banyak kali kak mus tanye waktu tengah shoot, waddah ok ke? mama baba takpe ke?..haha
 Sokay, no worries...bagus jgk la sbnrnye...at least blh tunjukkn ape yg kami as insan istimewa alami...so pengajaran die,jangan suke2 nak ejek orang lain, perlekehkan orang lain...ape yg korang (eh bukan korang la...refer pd orang lain) ejek hina tu sebenarnye korang mempersoalkan ciptaan Allah SWT. No ones is Perfect.







Don't bother with hypocrite or judgemental people who criticize you and put you down.
They are too shallow to recognize their own weakness.
It's easier for them to try to make others feel bad than to look in the mirror at their own pathetic behaviors.

Sometimes, people try to expose what's wrong with you, because they can't handle what's right about you.

What I feel sebelum.....
1. forward,share n mintak family kawan2 sume tengok video tu ialah...nanti bile dorang tengok video ni, they will realize that they have me as their family members, friends....yang SAKIT

2. forward,share n mintak family kawan2 lect cikgu semua upload/forward/share dlm fb,insta whatsapp dorang ialah..... macam2 soalan dorang kne hadap "sape tu? ur family? kawan ko? whats wrong with her? die sakit ape? knp kulit die cam tu.....bla3" so mesti dorang rase malu...BECAUSE OF ME

And now I realize...TU SUME SALAHHH.... tu semua my own NEGATIVE MINDSET!!!
SORRY - AMPUN YE.....

Bile tengok respond2 dorang...antaranye yg di share kt atas tu. Awww ramainye yg menyayangi diriku ini 😱😍😱😍😱😍
Mereka sgt menghargaiku n respect adore bagai...aww sepatutnye respect adore tu sume kne bagi kn untuk Mama Baba..yes dorang lh insan yg paling tepat utk sume tu.. Without their strength, I'm not gonna be this strong!


Behind the scene.....







Lastly, thank you pada sume yg dh tengok...🌹🌹🌹
Thank you pd kak mus sudi amek waddah jd pelakon utama n letakkn idea ttg keistimewaan waddah ni sbg subjek utama dlm video ni...maaf atas segala kekurangan sepanjang shoot dan dlm video tu..muke sedih yg tak berapa nak jadi (eh tak jadi pon...ramai gak yg sedih 😭😭😭bile tengok). Alhamdulillah tahniah..walaupon The PRISM tak pilih tapi lect ade mention dlm class kan πŸ‘πŸ‘πŸ‘.
Yang penting msg dlm video tu sampai n difahami.
Thank you jgk pd kak fizah, kak fitria, kakak cashier, adek2 yg tengah main bola n sume lh yg terlibat.
Tak lupe, thanks lot mama baba yg benarkan adek keluar, yg tolong forward2 πŸ’ž mantap gile bile orang yg berpengaruh besar ni viralkan..... haha


ok habis dah feeling acah2 retis youtube...





TravelogueWaddah..... bersambung

Monday, 28 November 2016

2nd RARE Disease ASIA Conference

Assalamualaikum..... Bismillah



2nd RARE DISEASE ASIA CONFERENCE 2016
Themed “Working In One Voice”, the second Rare Disease Asia Conference will bring together stakeholders of the rare disease community in Asia and beyond. This includes rare disease patients, as well as all who support them – caregivers, physicians, allied healthcare professionals, patient support organisations, pharmaceutical representatives and health officials. This event is organised by Rainbow Across Borders, hosted by Malaysian Rare Disorders Society, Malaysia Lysosomal Diseases Association and Malaysia Metabolic Society, and supported by patient organisations from Asia.

 If i could give one thing in my life, i would give the ability to see myself through my eyes, only then would i realize how special i am..alhamdulillah


DAY 1 


first time vlogging, so maafkan segala kecacatan yg wujud ye terutama sound die..haha dh cube edit banyak kali tapi tak tau la kenapa die taknak bg kerjasama yg baik..wuu 😭😭

















Bile kita ternampak insan istimewa or bile ziarah org sakit, waktu tu barulh kita sedar betapa mahal dan luar biasa nikmat yg Allah bagi pada kita. Sedangkan sebelum tu kita "buat2" lupa dgn nikmat ni. Waktu ni barulh kita sedar bahawa selama ni kita sibuk cari nikmat kehidupan dunia yg sementara n tak kekal selamanya. 

Bersyukur tu sgt penting utk mengingati nikmat Allah, lagi2 nikmat kesihatan which is perkara yg paling penting menentukan kebahagiaan manusia dlm kehidupan. So dgn bersyukur akan bagi kesedaran ttg makna penting kesihatan n secara tak lgsg menggerakkan hati utk sentiasa ingat nikmat besar ni...dgn taat kpd Allah, jauhkn perkara2 yg memudaratkan diri, mental n fizikal (ayat jawab exam,haha). 
Benda ni penting tp benda ni jgk la yg kite paling cepat lupakn.. 
sebagimana yang diriwayatkan daripad Ibnu Abbas r.a, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda; “Ada dua kenikmatan yang banyak dipersia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang”. (HR. Bukhari)


Kesihatan yg baik n kelapangan masa ialah nikmat yg sangat besar lepas nikmat iman dan islam. Tapi, ramai yg tak sedar dgn 2 nikmat ni kecuali lepas dah kehilangan kedua-duanya. (Tulah manusia...bile ade tak reti nak hargai, bile takde sibuk cari).

Ibnu Batthal menyatakan: “Seseorang tidaklah dikatakan memiliki waktu luang hingga badannya juga sihat. Barang siapa yang memiliki dua nikmat ini ( iaitu waktu lapang dan nikmat sihat) hendaklah ia bersemangat, jangan sampai ia tertipu dengan meninggalkan syukur pada Allah SWT atas nikmat yang diberikan. Bersyukur adalah dengan melaksanakan setiap perintah dan menjauhi setiap larangan Allah SWT. Barang siapa yang luput daripada syukur seperti ini, maka dialah yang tertipu


Ibu al-Jauzi menyatakan: “Terkadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu luang kerana sibuk denga urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang memiliki waktu luang, namun ia sibuk dalam keadaan tidak sihat. Apabila terkumpul pada manusia waktu luang dan nikmat sihat, sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan amalan ketaatan. Itulah manusia yang telah tertipu (terpedaya)”.


Ibu al-Jauzi juga menyatakan nasihat yang sudah semestinya menjadi renungan kita: “Intinya, dunia adalah lading beramal untuk menuai hasil di Akhirat kelak. Dunia adalah tempat kita menjajakan barang dagangan, sedangkan keuntungannya akan diraih di Akhirat nanti. Barang siapa yang memanfaatkan waktu luang dan nikmat sihat dalam rangka melakukan ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya, barang siapa memanfaatkan kedua-duanya dalam maksiat, dialah yang betul-betul tertipu. Sesudah waktu lunag akan datang waktu yang penuh kesibukan. Begitu pula sesudah sihat akan datang keadaan sakit yang tidak menyenangkan”.


Sekarang ni, rmai yg meracuni tubuh die sendiri, menghancurkan n menyeksa. Kita isi paru-paru dgn asap yg bahaya n isi perut dgn makanan yang berlebihan dan minuman berbahaya. (Islam menggalakkan umatnya untuk besederhana dalam segala perkara). Kita ganggu kerja saraf kita dgn macam2 pil utk buat kita tidur n pil lain utk buat kita terjaga. 

Nikmat sihat ialah nikmat yg sgt luar biasa yg diberikan oleh Allah kepada manusia. Dengannya nikmat sihat, kita dpt buat kerja n tunaikn tanggungjwb dgn baik.. Tidur nyenyak, makan minum, jalan2, semangat utk kerja,study n macam2 lh... Tapi sayang, manusia kadang2 lupa or buat2 lupa dgn nikmat ni bile die masih sihat. Bile dah sakit barulh rasa betapa kesihatan itu mahal harganya. 

“Merokok ataupun tidak, sama sahaja, akhirnya akan mati juga”. Alangkah malangnya klo kata2 ni diucapkan oleh seorang yg beriman. Tak fikir ke bahwa setiap nikmat yg Allah kurniakan pada manusia ni kenelh disyukuri?  Barang siapa yang bersyukur maka Allah SWT akan sentiasa menambah nikmat itu. So, jagalh kesihatan sebagai bentuk rasa syukur kepada Allah.

Kebanyakan kita, bile still sihat walafiat, kita jarang /lupe bersyukur dgn nikmat kesihatan yg Allah pinjamkan. Kita lalai bile tubuh kita masih tegap, sado, sempurna n still bole buat apa pun sebab kita still segar-bugar. Kita tak gunakn kesihatan utk banyakkn ibadah n buat kebajikan. Tapi bile sakit datang, kita tak bole buat aktiviti yg biasa kita buat hari2. Waktu tu barulah kita sedar pentingnya kesihatan, bile sakit baru kita ingat Die, mohon sembuh. Selalu kan kita janji bile sihat nnt nak buat benda2 yg baik2 je. Then bile kita dah sihat mcm dulu, kita lupa dgn doa2 yg pernah kite mintak waktu sakit dlu. Sepatutnya bile kita sihat, kita kene jadikan kesihatan kita sebagai peluang utk sebarkan kebaikan kepada manusia.


Renungan Bersama <kopi pasta>

1. Kesihatan merupakan nikmat daripada Allah SWT yang selalu diperbaharui. – Seorang hamba akan dihisab atas nikmat ini, iaitu daripada sisi mana ia mensyukurinya, bagaimana ia menggunakannya? Adakah dalam ketaatan atau dalam kemaksiatan kepada Allah SWT.


2. Mensyukuri nikmat kesihatan dapat dilakukan dengan hati, lisan dan anggota badan – Syukur hati dapat dilakukan dengan cara meyakini bahawa Allah SWT adalah satu-satunya Zat yang memberi kesihatan. Syukur lisan dilakukan dengan cara mengakui kenikmatan tersebut dan melafazkannya. Adapun sukur dengan anggota badan dilakukan dengan menggunakan kesihatan itu dalam ketaatan dan menghindarkannya daripada kemaksiatan.



Kesihatan ni sgt penting di sisi Islam. So, umat islam kene selalu amek berat dgn kesihatan sama ada dari segi mental, rohani dan jasmani. Berdasarkan peringatan daripada Allah SWT dan Nabi SAW, bahawa kesihatan ialah nikmat besar yang dilupakan bermaksud, sekiranya seseorang itu mengabaikan kesihatannya menunjukkan dia tidak mensyukuri kenimatan yang diberikan lantas mengundang azab Allah SWT.


DAY 2



alaaa npe tak dengar part baba cakap,hmmm. I wish u guys can hear it.
sedih...banyak part yg takleh masukkan sbb blog ni limitkan size utk video..hmm
tapi berterabur aq edit..haha takyah la tngok.
Tapi klo rajin, insyaAllah edit n uodate balik.


Sometimes kita terlupa yg sihat tu jgk sebenarnye 1 ujian.... Bile sihat Allah uji kita sama ada kita ingat atau lupa padaNya... Adakah kita tunaikan ibadah kepadaNya.... atau kita tunggu sakit baru lah kita ingat utk berdoa n beribadah padaNya...

Bile sakit Allah uji kita, sama ada kita sabar menempuh ujianNya... kita jalankan tak ibadah kepadaNya... kukuh tak iman di hati kita bile ditimpa musibah kepada kita....

Bersyukurlah kita klo Allah uji kita dengan sakit... Tu tandanya Allah masih sayang kita (tapi bukan lh maksudnye Allah tak sayang klo kite takde ujian sakit..sayang jgk tp diuji dgn nikmat yg lain).... diberikan ujian kerana Allah rindukan rintihan dan doa dari hambaNya... dan kesakitan itu menghapuskan dosa-dosa kecil....supaya terlerai segala dosa dan bersih diri kita dari segala dosa kecil....

Allah uji kita dengan bencana tubuh, Allah juga sediakan penawarnya dan Dialah juga yang menentukan bagaimana dan bila penyakit itu disembuhkan.... mungkin kita jumpa doktor untuk mendapatkan ubat...itu cuma ikhtiarnya, tapi kesembuhan adalah hak milik Allah....
My BFF pernah marah bile aq cakap sakit ni (Lamellar Ichthyosis) takleh baik, mmg scientific, penyakit Lamellar Ichthyosis ni penyakit yg kekal sampai mati..die cakap tu scientific yg cakap, doct yg cakap..klo Allah izinkn utk sembuh,maka sembuh la..yg penting kene sentiasa +ve. TQ 😍
 Allah Maha Berkuasa.

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar), dan (ingatlah), Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
At-Tagaabun:11

"Tidaklah seorang muslim tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sakit bukan lah 1 penderaan kepada setiap umat manusia. Even kesakitan atau musibah tu ialah nikmat oleh Allah untuk bersihkan diri kita daripada segala dosa sama ada yang kita lakukan dalam sedar atau pon tak sedar.

Alhamdulillah.... Syukur dengan segala ujianMu ini Ya Rabb.... Terima kasih Ya Allah kerana berikan aku kekuatan untuk sentiasa mengingatiMu tak kira bile sihat atau pun sakit...supaya aku sentiasa dekat denganMu...  


Alhamdulillah... kerana di beri peluang untuk merasai segala kenikmatan di dunia ini.... maupun hanya persinggahan sementara, aku berterima kasih padaMu Ya Rabb kerana berikan ku nikmat kasih sayang, kegembiraan, kesedihan, kesakitan dan segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada ku.... Moga hidup dan matiku akan terus kekal dalam Islam dan Iman.... Berikanlah aku kekuatan dalam menempuhi segala ujianMu Ya Allah...









P/S: Maafkan sume kekurangan dlm video tu,haha




TravelogueWaddah.... bersambung

Tuesday, 22 November 2016

Santuni Gelandangan

Assalamualaikum..... Bismillah



*sorry lame tak update sampai berabuk dah,hehe..insyaAllah coming entry..soon!


Tidak semua orang sebaik atau seburuk kelihatannya, 
kerana siapa diri mereka sesungguhnya hanya Allah yang melihat & menilainya.





Lame dh program ni tp dpt tengok melalui gmbr je dri jauh..Alhamdulillah mggu last sebelum balik sambung jihad semula, dpt kesempatan join utk pertama kali.

Well, org takde daya tarikan cm kite ni kadang hambar je respon..awal2 cuak jgk kang kite je yg over excited layan, budak2 ni krik2...

Tapi realitinya..honestly, rase sgt dihargai...mule2 fikir mesti budak2 ni geli or takut tp tak pon...salah. Takde pon yg ejek or geli ke takut...malah dorang tnye dgn nada yg curious tp ok n kite jwb pon dgn rse penuh kasih syg + senyum 

BE PROUD OF WHO YOU ARE , AND NOT ASHAMED OF HOW OTHERS SEE YOU






Makin maju sesebuah negara, hmm makin byk jgk laa golongan yg tak boleh lawan arus kemodenan n at last, jatuh ke lembah kemiskinan. Hidup dihimpit serba kekurangan, keluarga yg rmai menjadi bebanan, n akhirnya, ramailah manusia terbuang di jalanan membentuk ' golongan gelandangan. '

Klo kt luar negara, mereka dikenali sebagai 'homeless'. Contoh yg selalu aq nampak bile visit sedara kt Singapore, di bawah flat2, di situ la mereka tido,lepak,makan n 24/7. Maybe bagi sesetengah pihak, golongan ni hanya mengemis, minta sedekah, berbaju comot koyak2 sambil bawa anak kan?

Not at all. Mungkin pengalaman first time ni aq belom dpt kumpulkan lg cerita2 mereka, tpi berdasarkan pengalaman yg selalu turun..bagi makanan, pakaian, ajar mengeja, mengira, iqra', solat n sbgnya pd homeless di sekitar Jalan Chow Kit, golongan ni juge bekerja sbnrnya, ada yg sapu sampah, berniaga di pasar, guard, malah mereka sebenarnye dulu seorang yg bekerjaya tinggi tetapi diberi ujian yg begitu berat dan sebagainya. Mereka cume tak mampu utk bayar kos rumah, so conclusion-nya mereka hanya  tinggal di jalanan. Mereka tak meminta-minta atau mengemis. takde pon mcm ape yg ditunjukkn kt dlm tv.

Kita boleh sedih, kita boleh nangis...
TAPI tak boleh menyerah !




Persoalannya, adakah golongan ini perlu didekati, dijauhi atau dihapuskan sama sekali?

Islam mengajar kita supaya berhikmah. Maka pendekatan kedua dan ketiga tidak akan diambil kira. Penyelesaiannya ialah dengan mendekati golongan ini. Pelbagai bentuk program mula diwujudkan untuk mereka seperti pemberian makanan secara percuma, pakaian, saguhati, program ambang hari raya dan sebagainya. Pelbagai pihak Non-Government Organisation memberikan perhatian kepada mereka. Program Street Dakwah juga mendekati golongan ini. Perlu diingatkan bahawa, tidak semua orang punya basib yang sama dengan kita ; ada keluarga, ada rumah, dapat pendidikan sempurna, dapat duit poket, telefon dan komputer riba - mereka? Mungkin ada yang baru keluar penjara, ditinggalkan ibu sejak 5 tahun tepi jalan, berniaga dadah dengan keluarga? Siapa tahu? Jangan terlalu cepat menilai. Hidup ini ibarat roda, mereka mungkin di bawah sekarang, berkat pertolongan untuk mereka, dari segi semangat dan bantuan kewangan mahupun makanan, insyaallah mereka juga dapat mengubah nasib hidup mereka menjadi lebih baik. <copy paste>






Golongan gelandangan ni juga sebahagian daripada masyarakat. Terima mereka. Jangan dicemuh walau tak suka tetapi selitkan peribadi akhlak mulia kita terhadap mereka.

Kadang yang diperlukan manusia itu hanya kesempatan.
Kesempatan untuk memperbaiki dan kesempatan untuk mulakan yg baru.

Lol tau over sharing, baru first time join tp dari first time tu la kite akan "addicted" .
Believe me!

P/S: gambar diblurkan atas sebab terntentu.TQ




TravelogueWaddah..... bersambung