Saturday, 16 December 2017

Bisik Pada Langit #moviereview

                                                                Assalamualaikum..... Bismillah



bersawang blog, haha lepas tengok cite ni tetibe rase cm nk post entry, try not too long n too short kot πŸ˜…




Si ibu yg solehah, Mas Ahmah Jonid
Nama yg baik utk anaknya; Ibrahim Adham &
Mawaddah Athilah (kasih sayang suci)
Si bapa yg bertanggungjawab, A.Khalil
dan mengajar ngaji pd anak2nya dengan terbaik. 
*nt ade cite skit sblm end entry


First of all, credit to pengarah (Kabir Bhatia), cerita asal (Saniboey Mohd Ismail), penulis skrip (Sophia Rhyland, Maizura Ederis), pelakon & team BISIK PADA LANGIT. Jalan cite yg simple, tak complicated, pelakon tak ramai but Superb, set tempat sume just nice tapi yg penting Pengisian & Pengajran jalan cite. RECOMENDDED πŸ‘πŸ‘

Watak ayah ( Jalil Hamid ), same mcm baba sgt pentingkn agama, pelajaran n keselematan princessnye., tpi tak segarang tu kot,hehe. Baba tak pernah angkat tangan pd anak2nya malah pd mama. (sorry, no offense k...setiap ibu bapa ade caranye tersendiri. yg pasti setiap ibu bapa tu marah sbb mereka Sayangkn kite.) 
Watak (Ummi Nazeera) same as me...manja n nakal 😜,(Fadilah Mansor) mak yg suka bunga, erm tp mama ganas sikit But hati lembut, (Beto Kusyairy) cm along la kot yg korban demi aq ,hurmm 😏
(Naim Daniel) cm aq la tu kot, name pon adek..haha, yg kadang jeles ngan along sbb pandai, ramai orang nak kawan ngan die. Alaaa normal la tu dlm adek beradek ,kann? *backup me pless,huhu 


' tidak ada seorang ayah yang sanggup melihat puterinye terluka, 
dan hadiah yang terbaik diberikan oleh ayah untuk seorang puterinya hanya satu,
iaitu MELINDUNGINYA.'

Yes exactly cam baba, nak pergi mane2 atau ape kene bagi tau die. Yes sometimes dengar cam terlalu control Tapi sbb die sayang! Pernah sekali tu last minute plan keluar dgn kasen2 n mmg tak decide pon nk pergi ke mane, end up kami terbalik lewat sikit like maghrib cm tu..n baba call dgn nada suara yg lain *dalam hati mati aq... otw balik,dlm kete tu hanya Allah je yg tau jantung tu macma dah tercabut, then bile dah sampai nak salam tu, baba tak sambut pon tangan aq 😳😭😭 baba bangun masuk bilik , then aq pon masuk. Guess what?? we had conversation and end with "tau kenapa baba risau, coz I LOVE YOU" serious tipu klo tak banjir, klo awal td jantung cam nk pecah. ni rase cam tangki air mata tu pecah. Over kan but yes it's!

Apart from that, for parents, kalau bole janganlh compare kebolehan setiap anak, apatah lgi kasih sayang. setiap anak tu adalah anugerah, dan Allah cipta setiap hambaNYa ade kebolehan n kekurangan masing2. Ade yg pandai dari segi pelajaran, tpi kurang kemahiran. n ade yg kurang dari segi pelajaran,tp pasti ade kemahiran istimewa pdnya.

'berkorban demi yg terbaik untuk anaknya...keselamatan, sayang.'

Bile belajar jauh sikit ni, kadang snap hantar kt group family Baiti Jannati..makan nasi ngan telur je or tempe. Konon nak buat cite sedih n cam bagusnya berjimat..huhu. Sekali kne marah, eh no bukan marah tpi cam "duit bole cari, kesihatan tak bole", mama baba ade along adek je. 😒
Tapi kan, kadang bile g makan mewah sikit ngan kawan2 celebrate habis assestment ke exam, snap hantar gambar..bunyi pulak "berjimat sayang, kami tak keje dah" 😟 erk..yg mane satu ni,haha


saat ayah tolong anaknya yg sedang nazak mengucap......terbalikkan watak tu, anak yg bantu ibu/bapanya untuk mengucap.... AshhaduAllah ilahaillah


'takde mak bapak yg sanggup mengkebumikan anaknya sbnrnye....
mak bapak yg kehilangan anaknya lebih dahsyat kedukaanya daripada anak hilang mak bapak'
ALLAHU, DEEP!!!!

Ayah, '.......terutama anak perempuan ,bile ko rase ko tak dapat nak melindunginya, 
menjaganya, mengurus dengan tangan sendiri...'

saat ayah terkilan..tak dapat mintak maaf dgn hajar.
SEPATUTNYA, anak yg kene rase macam tu!

'...anak-anak ni semua same, pelengkap hidup kita. 

' Kedatangnya ku sambut dengan seruan namaMu Ya Allah, 
pemergiannya juga ku iring dgn namaMu Ya Allah,
semoga anakku kekal dalam iman.' 

solatkan jenazah anak sendiri..... SOLATKAN JENAZAH MAK AYAH KITE!




'Sesungguhnya dia bukanlah anak ku tetapi Amanah, yg dipikul di bahuku, yg mengajar erti tanggungjawab. dialah ujian yg mengajar erti sabar, dialah pinjaman yg mengajar erti syukur.'


Again, RECOMENDDED



Point lain;
πŸ’­bile tengah marah, amek wudhuk
πŸ’­berhijrah ke sesuatu yg lebih baik
πŸ’­jangan berhutang




TravelogueWaddah..... bersambung


Monday, 17 July 2017

JODOH #relationshipgoals

Assalamualaikum..... Bismillah


180769, lahirnye Mas Ahmah Jonid
180770, lahirnye A.Khalil Khamis 

Sweet nye birthday same.πŸ’— Sape 22/3? HuhuπŸ™†πŸ»


Ψ±َΨ¨ِّ Ψ§ΨΊْفِΨ±ْ Ω„ِيْ وَΩ„ِوَΨ§Ω„ِΨ―َيَّ وَΨ§Ψ±ْΨ­َΩ…ْΩ‡ُΩ…َΨ§ ΩƒَΩ…َΨ§ Ψ±َΨ¨َّيَΨ§Ω†ِيْ Ψ΅َΨΊِيْΨ±ًΨ§

Maksudnya:
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku.


#MamaBaba'sLittlePrincess forever πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§






Bukti mereka adalah parents yg hebat....check it out previous2 entry.


Hari ni.... Ok sebelum kene kecam, point kli ni bkn lh nak menunjuk tpi sharing je walaupon xdelh inspired mne. Alhamdulillah dah 20-an ni, masing2 dh ade duit, bisnes sy @art4dakwah n abg pon berjaya...kami pakat berdue nk belikn hadiah utk mama baba. Of course ade letak bajet limit utk harga xxx, sy belikn handbag tu utk mama...

Cite bermula, price die xxx, over my badjet skit lh tapi time tu terdetik.. "dah lh jarang belikn hadiah mahal2, pastu ni baru kne test spend duit lebih skit pon dh fikir 10x, klo nk compare dh berapa byk dorang habiskn duit utk besarkan, penuhi semue yg kite merengek guling2 mintak, ubat sakit ni lgi,duit minyak tol ulang alik hospital selama 20 tahun..pergh berganda, setakat harga tu apelh sgt." Ntah2 pulangkn modal utk bisnes tu pon belom tentu lepas..hmm belanja barang diri sendiri, makan mahal2,  hang out..pon sbnrnye duit parents jgk kn. So apelh salahnye utk hri special, kite plk berkorban..sebab hari2 biase belom tentu kite seikhlas tu nk belanja. Betul x??



P/S: tapi sy xdelah memperlekehkn hadiah yg harga murah,maaf klo ade yg terasa.. Alhamdulillah, at least ade effort n yg paling penting value tu.






"Anak-anak, Janganlah kamu fikir kamu berjaya hari ini adalah kerana hebatnya diri kamu. Sebenarnya kamu tidak ada apa-apa jika bukan BERKAT DOA IBU BAPA kamu walaupon mereka tidak berpelajaran sekalipun."


Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya :
1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
2. Bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'
" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"
6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.
8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.
10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.
11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.
Your parents are one of the door to Jannah. 
Open it or Close it. Your Choice!

Tips... #relationshipgoals
1. Luangkan Masa.
Dengan keadaan ibu bapa yang bekerja, masa bersama dengan anak-anak pastinya amat terhad. Maka terpulang kepada kebijaksanaan ibu bapa dalam memanfaatkan masa bersama dengan anak-anak.
Mungkin kita hanya mempunyai satu jam sahaja dalam sehari bersama dengan keluarga kerana kesibukan kerja atau tuntutan mencari nafkah, namun jika dimanfaatkan masa tersebut dengan sebaik-baiknya maka itu adalah lebih baik daripada mempunyai masa berejam-jam di rumah tetapi tidak dimanfaatkan bersama.
Banyak aktiviti sebenarnya yang boleh dilakukan bersama keluarga seperti mengaji quran bersama-sama, tengok TV. Ingatlah yang penting bukan berapa lama masa kita berada di rumah, tetapi berapa banyak masa yang berkualiti dihabiskan bersama dengan keluarga.
2. Sentuhan.
Rata-rata kita akan dapati anak-anak ketika masih kecil biasanya akan kerap dibelai dan dicium. Namun keadaan ini kadangkala tidak berterusan apabila anak meningkat usia remaja.
Tidakkah pernah kita terfikir bagaimana sentuhan tersebut mampu memberikan kesan mendalam yang tidak terhingga sehingga boleh membuatkan diri mereka rasa dihargai dan disayangi oleh ibu bapa?
Jika amalan ini sudah lama terhenti, maka mulakanlah dengan sentuhan mudah atau tepukan mesra di bahu anak setiap kali bersua atau berjumpa. Bagi para ibu bapa yang sudah biasa mengamalkan sentuhan atau ciuman mesra pada diri anak. Teruskanlah tabiat baik ini sehingga mereka dewasa,  pasti ianya bakal mengeratkan hubungan mesra yang sudah terjalin.
3. Pujian
Katakan jika suatu hari anda ingin berkongsi kegembiraan bersama isteri tercinta tentang kejayaan anda, tetapi si isteri mengambil sikap acuh tidak acuh sahaja. Pastinya kita akan merasa sedih dan hampa. 
Begitulah juga dengan anak-anak, mereka perlu dipuji apabila berjaya melakukan sesuatu sebagaimana mereka juga perlu ditegur atau dimarahi apabila melakukan satu kesilapan. 
Secara semulajadinya pujian tersebut akan membuatkan anak-anak merasa gembira dan rasa diri dihargai selain mengeratkan perhubungan dan menambahkan perasaan kasih sayang antara anak dan ibu bapa.
4. Teguran
Dalam memberi nasihat atau peringatan pada anak, pastikan masanya adalah bersesuaian. Ini bermakna tidak ketika anak baru pulang, sedang lapar atau anak masih dalam keletihan.
Sebaiknya juga elakkan seberapa mampu daripada meleter atau melakukan sindiran kepada anak-anak, elakkan juga daripada mengungkit kesilapan lama. Bayangkan, jika kita sendiri disindir dan dileteri oleh majikan atau isteri/suami. Pastinya kita akan merasa bingit walaupun apa yang dikatakan adalah benar dan ia berpunca daripada kesilapan diri kita.  
Kita juga perlu bertanya pada diri kita, adakah leteran dan bebelan kita memberikan kesan dan perubahan positif pada diri anak? Jika jawapannya tidak, maka ini bermakna ia perlu dihentikan. Apa yang penting ialah teguran kita walaupun singkat tetapi mesejnya sampai kepada pemikiran anak.  
5. Hadiah.
Pernahkah kita memberikan sebarang hadiah kepada anak-anak bersempena hari ulang tahun mereka atau hari-hari yang mempunyai significant pada diri mereka?
Hadiah walau sekecil dan semurah manapun mempunyai kesan yang cukup mendalam pada diri individu. Ia akan membuat diri rasa diingati dan dihargai dan menambahkan jalinan kasih sayang antara kita dan anak. Malah, jika disampaikan dalam bentuk kejutan (surprise), maka ia akan menjadi lebih bermakna. 
Sebenarnya bukan nilai hadiah tersebut yang menjadi ukuran tetapi ingatan mendalam dari hati yang suci itulah yang memberikan kesan kepada si penerima seterusnya menimbulkan perasaan kasih sayang kepada si pemberi yang mana akhirnya keduanya semakin saling menyayangi antara satu sama lain.

LOVE YOUR PARENTS
We are so busy growing up, we often forget that they are also growing old.






TravelogueWaddah.....bersambung

Tuesday, 3 January 2017

1st Day masuk sekolah | 2017

Assalamualaikum..... Bismillah

" The first step in knowledge is to Listen, then to be Quiet and Attentive, then to Preserve it, the to put it into Practice and then to Spread it."
-Sufyan bin 'Uyainah-

First entry 2017 | 3rd January 2017

Entry kali ni takde point sgt pon, saje throwback zaman sekolah + jeles tengok orang lain post cite adek die first day kt sekolah....kite ni takde adek,sbb kite la adek so cite pasal diri sndr jela πŸ‘§πŸ»

Darjah 1,time orientasi cikgu suruh buat barisan n jalan pusing2 satu sekolah...adek duk belakang sekali n baba ikut kt blkg (cm bodyguard plk,haha 😎) ...sikit2 toleh belakang nk make sure baba ade..suddenly pandang belakang baba tak de 😳😱😰..arghh,ape lagi..banjir sek 😭😭😡 adek keluar je dari barisan tu n cari baba (duk belakang sekali takpe..tak kantoi klo lari).. meronda 1 sekolah sambil nangis2, sekali tengok2 baba tengah borak n discuss dgn guru besar tentang my "special case"..n disebabkn itu, adek dpt layanan VVIP..time assembly org beratur panas2..adek sedap duk bwh bumbung sampai lh sekolah mengengah..haha

First day darjah 1 jgk, waktu rehat mama baba along dtg sekolah.
Memang panas gile time tu..pastu muntah sbb tak tahan. Next day lepas tu, mama baba selalu bekalkn tuala kecik utk basahkn n lap2, dgn air sejuk (1 botol air masak yg di'ice'kan) 🍼
..haa yg ni mmg ramai tumpang lh πŸ˜…
Sharing is Caring gituh πŸ’ž

Haa dlm kelas plk, ade jugak tau layanan VVIP, dpt duk bawah kipas ❄ klo ikutkn mmg hotspot sume org la..tp dah di reserve 😏😏 sorry guys, it's mine..haha

Dulu (darjah 3 kot), acah2 nk masuk KRS (Kadet R.... Sekolah) *lupe nme full* tp reason nk masuk tu sbb tengok pakaian die smart gile..aq mmg, bkn jenis yg suke pkai ayu2 ni cm Puteri Islam (tp pernah gak masuk sbb aktiviti die sume simple2..haha malas) *ok back to the topic.. Haa sbb KRS kn kene pakai boots high cut yg smart tu (#bootslover) so sbb tu je tp kene la sedar diri ni tak mampu..KRS kn kne byk kawad,aktiviti luar n sedar diri ni tak mampu nk bertahan kawad lama2 tengah panas.. N teringin sgt nk jadi pengawas, but still tak de rezeki atas sebab yg same...redha jela.

Tapi an...tak dpt jdi pengawas, kite pulak yg jd tukang belasah org, haha ☠ 
(nk tau cite, bole bace kt entry sebelum ni, "Gangster vs SelfDefence" siap ade Part1 n Part2 lg,haha)


*ok dahlah..banyak lg nak cite tapi just nk share je, takde point yg boleh jadi pengajaran pon...
haha Lol




ni muka zaman muda dulu, malam sebelum pmr


Graduated dari alam sekolah.. 3 tahun lepas



ok2, gambar formal

OOTD 



ok ni tak edit #no filter but yeah,maybe lighting on point sgt...but time ni memang tengah baru lepas salin kulit


Belajar atau mencari Ilmu adalah perintah Allah SWT. Baik budak kecik, remaja bahkan orang tua sekalipon. Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan.
Menuntut ilmu sememangnya telah dituntut oleh agama. Namun menuntut ilmu itu bukannya dengan mempelajari sebarang ilmu dengan sewenang-wenangnya, malah perlu diambil kira tujuan dan syariat sebenar mempelajarinya agar ianya dapat bukan sahaja memberi manfaat kepada si penuntutnya malah juga kepada orang lain, bukan sahaja hanya untuk tujuan duniawi bahkan seharusnya dibawa kepada akhirat kelak. Oleh itu Islam menggariskan panduan dan cara menuntut ilmu dengan betul. Berikut adalah cara menuntut ilmu yang sewajarnya dituruti oleh setiap umat Islam dalam menuntu ilmu:
1. Ikhlas kerana Allah.
Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran agar mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang sejenisnya, maka Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya :
“Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau syurga pada hari kiamat”( Hadith riwayat Ahmad, Abu, Daud dan Ibnu Majah)
Tetapi kalau ada orang yang mengatakan bahwa saya ingin mendapatkan syahadah (MA atau Doktor, misalnya) bukan kerana ingin mendapatkan dunia, tetapi kerana sudah menjadi peraturan yang tidak tertulis kalau seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya menjadi lebih didengarkan orang dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar. Niat ini – insya Allah – termasuk niat yang benar.
2. Untuk menghilangkan kebodohan dirinya dan orang lain.
Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk meng-hilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat mengambil faedah dari ilmu kita.
Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat pada orang lain itu kita duduk dimasjid dan mengadakan satu pengajian ataukah kita memberi manfa’at pada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawaban yang benar adalah yang kedua; kerana Rasulullah bersabda :
“Sampaikanlah dariku walupun cuma satu ayat (Hadith riwayat Bukhari)
Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: “Bagaimanakah yang demikian itu?” Beliau menjawab: “ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain”.
3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari’at.
Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari’at. Kerana kedudukan syari’at sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid’ah), sebagaimana tuntunan yang diajarkan Rasulullah. Hal ini tidak ada yang mampu melakukannya kecuali orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Qur’an dan As-Sunnah.
4. Lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat.
Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalaan aqidah, kerana persoalaan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf. Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat telah ada sejak zaman shahabat, bahkan pada masa Rasulullah masih hidup. Kerana itu jangan sampai kita menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeza pandapat dengan kita.
5. Mengamalkan ilmu yang telah diperolehi.
Termasuk adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh, kerana amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak maupun muamalah. Kerana orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).
6. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.
Penuntut ilmu harus selalu lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama.

7. Mencari kebenaran dan sabar

Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadith misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut. Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu adalah shahih, kita berusaha lagi mencari makna (pengertian ) dari hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus sabar, jangan tergesa-gasa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang kita tuntut.
<kopi pasta>









PALING PENTING !!!




TravelogueWaddah....bersambung