Monday, 17 July 2017

JODOH #relationshipgoals

Assalamualaikum..... Bismillah


180769, lahirnye Mas Ahmah Jonid
180770, lahirnye A.Khalil Khamis 

Sweet nye birthday same.๐Ÿ’— Sape 22/3? Huhu๐Ÿ™†๐Ÿป


ุฑَุจِّ ุงุบْูِุฑْ ู„ِูŠْ ูˆَู„ِูˆَุงู„ِุฏَูŠَّ ูˆَุงุฑْุญَู…ْู‡ُู…َุง ูƒَู…َุง ุฑَุจَّูŠَุงู†ِูŠْ ุตَุบِูŠْุฑًุง

Maksudnya:
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku.


#MamaBaba'sLittlePrincess forever ๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง






Bukti mereka adalah parents yg hebat....check it out previous2 entry.


Hari ni.... Ok sebelum kene kecam, point kli ni bkn lh nak menunjuk tpi sharing je walaupon xdelh inspired mne. Alhamdulillah dah 20-an ni, masing2 dh ade duit, bisnes sy @art4dakwah n abg pon berjaya...kami pakat berdue nk belikn hadiah utk mama baba. Of course ade letak bajet limit utk harga xxx, sy belikn handbag tu utk mama...

Cite bermula, price die xxx, over my badjet skit lh tapi time tu terdetik.. "dah lh jarang belikn hadiah mahal2, pastu ni baru kne test spend duit lebih skit pon dh fikir 10x, klo nk compare dh berapa byk dorang habiskn duit utk besarkan, penuhi semue yg kite merengek guling2 mintak, ubat sakit ni lgi,duit minyak tol ulang alik hospital selama 20 tahun..pergh berganda, setakat harga tu apelh sgt." Ntah2 pulangkn modal utk bisnes tu pon belom tentu lepas..hmm belanja barang diri sendiri, makan mahal2,  hang out..pon sbnrnye duit parents jgk kn. So apelh salahnye utk hri special, kite plk berkorban..sebab hari2 biase belom tentu kite seikhlas tu nk belanja. Betul x??



P/S: tapi sy xdelah memperlekehkn hadiah yg harga murah,maaf klo ade yg terasa.. Alhamdulillah, at least ade effort n yg paling penting value tu.






"Anak-anak, Janganlah kamu fikir kamu berjaya hari ini adalah kerana hebatnya diri kamu. Sebenarnya kamu tidak ada apa-apa jika bukan BERKAT DOA IBU BAPA kamu walaupon mereka tidak berpelajaran sekalipun."


Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya :
1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
2. Bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'
" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"
6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.
8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.
10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.
11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.
Your parents are one of the door to Jannah. 
Open it or Close it. Your Choice!

Tips... #relationshipgoals
1. Luangkan Masa.
Dengan keadaan ibu bapa yang bekerja, masa bersama dengan anak-anak pastinya amat terhad. Maka terpulang kepada kebijaksanaan ibu bapa dalam memanfaatkan masa bersama dengan anak-anak.
Mungkin kita hanya mempunyai satu jam sahaja dalam sehari bersama dengan keluarga kerana kesibukan kerja atau tuntutan mencari nafkah, namun jika dimanfaatkan masa tersebut dengan sebaik-baiknya maka itu adalah lebih baik daripada mempunyai masa berejam-jam di rumah tetapi tidak dimanfaatkan bersama.
Banyak aktiviti sebenarnya yang boleh dilakukan bersama keluarga seperti mengaji quran bersama-sama, tengok TV. Ingatlah yang penting bukan berapa lama masa kita berada di rumah, tetapi berapa banyak masa yang berkualiti dihabiskan bersama dengan keluarga.
2. Sentuhan.
Rata-rata kita akan dapati anak-anak ketika masih kecil biasanya akan kerap dibelai dan dicium. Namun keadaan ini kadangkala tidak berterusan apabila anak meningkat usia remaja.
Tidakkah pernah kita terfikir bagaimana sentuhan tersebut mampu memberikan kesan mendalam yang tidak terhingga sehingga boleh membuatkan diri mereka rasa dihargai dan disayangi oleh ibu bapa?
Jika amalan ini sudah lama terhenti, maka mulakanlah dengan sentuhan mudah atau tepukan mesra di bahu anak setiap kali bersua atau berjumpa. Bagi para ibu bapa yang sudah biasa mengamalkan sentuhan atau ciuman mesra pada diri anak. Teruskanlah tabiat baik ini sehingga mereka dewasa,  pasti ianya bakal mengeratkan hubungan mesra yang sudah terjalin.
3. Pujian
Katakan jika suatu hari anda ingin berkongsi kegembiraan bersama isteri tercinta tentang kejayaan anda, tetapi si isteri mengambil sikap acuh tidak acuh sahaja. Pastinya kita akan merasa sedih dan hampa. 
Begitulah juga dengan anak-anak, mereka perlu dipuji apabila berjaya melakukan sesuatu sebagaimana mereka juga perlu ditegur atau dimarahi apabila melakukan satu kesilapan. 
Secara semulajadinya pujian tersebut akan membuatkan anak-anak merasa gembira dan rasa diri dihargai selain mengeratkan perhubungan dan menambahkan perasaan kasih sayang antara anak dan ibu bapa.
4. Teguran
Dalam memberi nasihat atau peringatan pada anak, pastikan masanya adalah bersesuaian. Ini bermakna tidak ketika anak baru pulang, sedang lapar atau anak masih dalam keletihan.
Sebaiknya juga elakkan seberapa mampu daripada meleter atau melakukan sindiran kepada anak-anak, elakkan juga daripada mengungkit kesilapan lama. Bayangkan, jika kita sendiri disindir dan dileteri oleh majikan atau isteri/suami. Pastinya kita akan merasa bingit walaupun apa yang dikatakan adalah benar dan ia berpunca daripada kesilapan diri kita.  
Kita juga perlu bertanya pada diri kita, adakah leteran dan bebelan kita memberikan kesan dan perubahan positif pada diri anak? Jika jawapannya tidak, maka ini bermakna ia perlu dihentikan. Apa yang penting ialah teguran kita walaupun singkat tetapi mesejnya sampai kepada pemikiran anak.  
5. Hadiah.
Pernahkah kita memberikan sebarang hadiah kepada anak-anak bersempena hari ulang tahun mereka atau hari-hari yang mempunyai significant pada diri mereka?
Hadiah walau sekecil dan semurah manapun mempunyai kesan yang cukup mendalam pada diri individu. Ia akan membuat diri rasa diingati dan dihargai dan menambahkan jalinan kasih sayang antara kita dan anak. Malah, jika disampaikan dalam bentuk kejutan (surprise), maka ia akan menjadi lebih bermakna. 
Sebenarnya bukan nilai hadiah tersebut yang menjadi ukuran tetapi ingatan mendalam dari hati yang suci itulah yang memberikan kesan kepada si penerima seterusnya menimbulkan perasaan kasih sayang kepada si pemberi yang mana akhirnya keduanya semakin saling menyayangi antara satu sama lain.

LOVE YOUR PARENTS
We are so busy growing up, we often forget that they are also growing old.






TravelogueWaddah.....bersambung

No comments:

Post a Comment