Assalamualaikum..... Bismillah
2nd RARE DISEASE ASIA CONFERENCE 2016
Themed “Working In One Voice”, the second Rare Disease Asia Conference will bring together stakeholders of the rare disease community in Asia and beyond. This includes rare disease patients, as well as all who support them – caregivers, physicians, allied healthcare professionals, patient support organisations, pharmaceutical representatives and health officials. This event is organised by Rainbow Across Borders, hosted by Malaysian Rare Disorders Society, Malaysia Lysosomal Diseases Association and Malaysia Metabolic Society, and supported by patient organisations from Asia.
If i could give one thing in my life, i would give the ability to see myself through my eyes, only then would i realize how special i am..alhamdulillah
DAY 1
first time vlogging, so maafkan segala kecacatan yg wujud ye terutama sound die..haha dh cube edit banyak kali tapi tak tau la kenapa die taknak bg kerjasama yg baik..wuu 😭😭
Bile kita ternampak insan istimewa or bile ziarah org sakit, waktu tu barulh kita sedar betapa mahal dan luar biasa nikmat yg Allah bagi pada kita. Sedangkan sebelum tu kita "buat2" lupa dgn nikmat ni. Waktu ni barulh kita sedar bahawa selama ni kita sibuk cari nikmat kehidupan dunia yg sementara n tak kekal selamanya.
Bersyukur tu sgt penting utk mengingati nikmat Allah, lagi2 nikmat kesihatan which is perkara yg paling penting menentukan kebahagiaan manusia dlm kehidupan. So dgn bersyukur akan bagi kesedaran ttg makna penting kesihatan n secara tak lgsg menggerakkan hati utk sentiasa ingat nikmat besar ni...dgn taat kpd Allah, jauhkn perkara2 yg memudaratkan diri, mental n fizikal (ayat jawab exam,haha).
Benda ni penting tp benda ni jgk la yg kite paling cepat lupakn..
sebagimana yang diriwayatkan daripad Ibnu Abbas r.a, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda; “Ada dua kenikmatan yang banyak dipersia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang”. (HR. Bukhari)
Kesihatan yg baik n kelapangan masa ialah nikmat yg sangat besar lepas nikmat iman dan islam. Tapi, ramai yg tak sedar dgn 2 nikmat ni kecuali lepas dah kehilangan kedua-duanya. (Tulah manusia...bile ade tak reti nak hargai, bile takde sibuk cari).
Ibnu Batthal menyatakan: “Seseorang tidaklah dikatakan memiliki waktu luang hingga badannya juga sihat. Barang siapa yang memiliki dua nikmat ini ( iaitu waktu lapang dan nikmat sihat) hendaklah ia bersemangat, jangan sampai ia tertipu dengan meninggalkan syukur pada Allah SWT atas nikmat yang diberikan. Bersyukur adalah dengan melaksanakan setiap perintah dan menjauhi setiap larangan Allah SWT. Barang siapa yang luput daripada syukur seperti ini, maka dialah yang tertipu”
Ibu al-Jauzi menyatakan: “Terkadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu luang kerana sibuk denga urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang memiliki waktu luang, namun ia sibuk dalam keadaan tidak sihat. Apabila terkumpul pada manusia waktu luang dan nikmat sihat, sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan amalan ketaatan. Itulah manusia yang telah tertipu (terpedaya)”.
Ibu al-Jauzi juga menyatakan nasihat yang sudah semestinya menjadi renungan kita: “Intinya, dunia adalah lading beramal untuk menuai hasil di Akhirat kelak. Dunia adalah tempat kita menjajakan barang dagangan, sedangkan keuntungannya akan diraih di Akhirat nanti. Barang siapa yang memanfaatkan waktu luang dan nikmat sihat dalam rangka melakukan ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya, barang siapa memanfaatkan kedua-duanya dalam maksiat, dialah yang betul-betul tertipu. Sesudah waktu lunag akan datang waktu yang penuh kesibukan. Begitu pula sesudah sihat akan datang keadaan sakit yang tidak menyenangkan”.
Sekarang ni, rmai yg meracuni tubuh die sendiri, menghancurkan n menyeksa. Kita isi paru-paru dgn asap yg bahaya n isi perut dgn makanan yang berlebihan dan minuman berbahaya. (Islam menggalakkan umatnya untuk besederhana dalam segala perkara). Kita ganggu kerja saraf kita dgn macam2 pil utk buat kita tidur n pil lain utk buat kita terjaga.
Nikmat sihat ialah nikmat yg sgt luar biasa yg diberikan oleh Allah kepada manusia. Dengannya nikmat sihat, kita dpt buat kerja n tunaikn tanggungjwb dgn baik.. Tidur nyenyak, makan minum, jalan2, semangat utk kerja,study n macam2 lh... Tapi sayang, manusia kadang2 lupa or buat2 lupa dgn nikmat ni bile die masih sihat. Bile dah sakit barulh rasa betapa kesihatan itu mahal harganya.
“Merokok ataupun tidak, sama sahaja, akhirnya akan mati juga”. Alangkah malangnya klo kata2 ni diucapkan oleh seorang yg beriman. Tak fikir ke bahwa setiap nikmat yg Allah kurniakan pada manusia ni kenelh disyukuri? Barang siapa yang bersyukur maka Allah SWT akan sentiasa menambah nikmat itu. So, jagalh kesihatan sebagai bentuk rasa syukur kepada Allah.
Kebanyakan kita, bile still sihat walafiat, kita jarang /lupe bersyukur dgn nikmat kesihatan yg Allah pinjamkan. Kita lalai bile tubuh kita masih tegap, sado, sempurna n still bole buat apa pun sebab kita still segar-bugar. Kita tak gunakn kesihatan utk banyakkn ibadah n buat kebajikan. Tapi bile sakit datang, kita tak bole buat aktiviti yg biasa kita buat hari2. Waktu tu barulah kita sedar pentingnya kesihatan, bile sakit baru kita ingat Die, mohon sembuh. Selalu kan kita janji bile sihat nnt nak buat benda2 yg baik2 je. Then bile kita dah sihat mcm dulu, kita lupa dgn doa2 yg pernah kite mintak waktu sakit dlu. Sepatutnya bile kita sihat, kita kene jadikan kesihatan kita sebagai peluang utk sebarkan kebaikan kepada manusia.
Renungan Bersama <kopi pasta>
1. Kesihatan merupakan nikmat daripada Allah SWT yang selalu diperbaharui. – Seorang hamba akan dihisab atas nikmat ini, iaitu daripada sisi mana ia mensyukurinya, bagaimana ia menggunakannya? Adakah dalam ketaatan atau dalam kemaksiatan kepada Allah SWT.
2. Mensyukuri nikmat kesihatan dapat dilakukan dengan hati, lisan dan anggota badan – Syukur hati dapat dilakukan dengan cara meyakini bahawa Allah SWT adalah satu-satunya Zat yang memberi kesihatan. Syukur lisan dilakukan dengan cara mengakui kenikmatan tersebut dan melafazkannya. Adapun sukur dengan anggota badan dilakukan dengan menggunakan kesihatan itu dalam ketaatan dan menghindarkannya daripada kemaksiatan.
Kesihatan ni sgt penting di sisi Islam. So, umat islam kene selalu amek berat dgn kesihatan sama ada dari segi mental, rohani dan jasmani. Berdasarkan peringatan daripada Allah SWT dan Nabi SAW, bahawa kesihatan ialah nikmat besar yang dilupakan bermaksud, sekiranya seseorang itu mengabaikan kesihatannya menunjukkan dia tidak mensyukuri kenimatan yang diberikan lantas mengundang azab Allah SWT.
DAY 2
alaaa npe tak dengar part baba cakap,hmmm. I wish u guys can hear it.
sedih...banyak part yg takleh masukkan sbb blog ni limitkan size utk video..hmm
tapi berterabur aq edit..haha takyah la tngok.
Tapi klo rajin, insyaAllah edit n uodate balik.
Sometimes kita terlupa yg sihat tu jgk sebenarnye 1 ujian.... Bile sihat Allah uji kita sama ada kita ingat atau lupa padaNya... Adakah kita tunaikan ibadah kepadaNya.... atau kita tunggu sakit baru lah kita ingat utk berdoa n beribadah padaNya...
Bile sakit Allah uji kita, sama ada kita sabar menempuh ujianNya... kita jalankan tak ibadah kepadaNya... kukuh tak iman di hati kita bile ditimpa musibah kepada kita....
Bersyukurlah kita klo Allah uji kita dengan sakit... Tu tandanya Allah masih sayang kita (tapi bukan lh maksudnye Allah tak sayang klo kite takde ujian sakit..sayang jgk tp diuji dgn nikmat yg lain).... diberikan ujian kerana Allah rindukan rintihan dan doa dari hambaNya... dan kesakitan itu menghapuskan dosa-dosa kecil....supaya terlerai segala dosa dan bersih diri kita dari segala dosa kecil....
Allah uji kita dengan bencana tubuh, Allah juga sediakan penawarnya dan Dialah juga yang menentukan bagaimana dan bila penyakit itu disembuhkan.... mungkin kita jumpa doktor untuk mendapatkan ubat...itu cuma ikhtiarnya, tapi kesembuhan adalah hak milik Allah....
My BFF pernah marah bile aq cakap sakit ni (Lamellar Ichthyosis) takleh baik, mmg scientific, penyakit Lamellar Ichthyosis ni penyakit yg kekal sampai mati..die cakap tu scientific yg cakap, doct yg cakap..klo Allah izinkn utk sembuh,maka sembuh la..yg penting kene sentiasa +ve. TQ 😍
Allah Maha Berkuasa.
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar), dan (ingatlah), Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
At-Tagaabun:11
"Tidaklah seorang muslim tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sakit bukan lah 1 penderaan kepada setiap umat manusia. Even kesakitan atau musibah tu ialah nikmat oleh Allah untuk bersihkan diri kita daripada segala dosa sama ada yang kita lakukan dalam sedar atau pon tak sedar.
Alhamdulillah.... Syukur dengan segala ujianMu ini Ya Rabb.... Terima kasih Ya Allah kerana berikan aku kekuatan untuk sentiasa mengingatiMu tak kira bile sihat atau pun sakit...supaya aku sentiasa dekat denganMu...
Alhamdulillah... kerana di beri peluang untuk merasai segala kenikmatan di dunia ini.... maupun hanya persinggahan sementara, aku berterima kasih padaMu Ya Rabb kerana berikan ku nikmat kasih sayang, kegembiraan, kesedihan, kesakitan dan segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada ku.... Moga hidup dan matiku akan terus kekal dalam Islam dan Iman.... Berikanlah aku kekuatan dalam menempuhi segala ujianMu Ya Allah...
P/S: Maafkan sume kekurangan dlm video tu,haha
TravelogueWaddah.... bersambung
No comments:
Post a Comment