Tuesday, 22 November 2016

Santuni Gelandangan

Assalamualaikum..... Bismillah



*sorry lame tak update sampai berabuk dah,hehe..insyaAllah coming entry..soon!


Tidak semua orang sebaik atau seburuk kelihatannya, 
kerana siapa diri mereka sesungguhnya hanya Allah yang melihat & menilainya.





Lame dh program ni tp dpt tengok melalui gmbr je dri jauh..Alhamdulillah mggu last sebelum balik sambung jihad semula, dpt kesempatan join utk pertama kali.

Well, org takde daya tarikan cm kite ni kadang hambar je respon..awal2 cuak jgk kang kite je yg over excited layan, budak2 ni krik2...

Tapi realitinya..honestly, rase sgt dihargai...mule2 fikir mesti budak2 ni geli or takut tp tak pon...salah. Takde pon yg ejek or geli ke takut...malah dorang tnye dgn nada yg curious tp ok n kite jwb pon dgn rse penuh kasih syg + senyum 

BE PROUD OF WHO YOU ARE , AND NOT ASHAMED OF HOW OTHERS SEE YOU






Makin maju sesebuah negara, hmm makin byk jgk laa golongan yg tak boleh lawan arus kemodenan n at last, jatuh ke lembah kemiskinan. Hidup dihimpit serba kekurangan, keluarga yg rmai menjadi bebanan, n akhirnya, ramailah manusia terbuang di jalanan membentuk ' golongan gelandangan. '

Klo kt luar negara, mereka dikenali sebagai 'homeless'. Contoh yg selalu aq nampak bile visit sedara kt Singapore, di bawah flat2, di situ la mereka tido,lepak,makan n 24/7. Maybe bagi sesetengah pihak, golongan ni hanya mengemis, minta sedekah, berbaju comot koyak2 sambil bawa anak kan?

Not at all. Mungkin pengalaman first time ni aq belom dpt kumpulkan lg cerita2 mereka, tpi berdasarkan pengalaman yg selalu turun..bagi makanan, pakaian, ajar mengeja, mengira, iqra', solat n sbgnya pd homeless di sekitar Jalan Chow Kit, golongan ni juge bekerja sbnrnya, ada yg sapu sampah, berniaga di pasar, guard, malah mereka sebenarnye dulu seorang yg bekerjaya tinggi tetapi diberi ujian yg begitu berat dan sebagainya. Mereka cume tak mampu utk bayar kos rumah, so conclusion-nya mereka hanya  tinggal di jalanan. Mereka tak meminta-minta atau mengemis. takde pon mcm ape yg ditunjukkn kt dlm tv.

Kita boleh sedih, kita boleh nangis...
TAPI tak boleh menyerah !




Persoalannya, adakah golongan ini perlu didekati, dijauhi atau dihapuskan sama sekali?

Islam mengajar kita supaya berhikmah. Maka pendekatan kedua dan ketiga tidak akan diambil kira. Penyelesaiannya ialah dengan mendekati golongan ini. Pelbagai bentuk program mula diwujudkan untuk mereka seperti pemberian makanan secara percuma, pakaian, saguhati, program ambang hari raya dan sebagainya. Pelbagai pihak Non-Government Organisation memberikan perhatian kepada mereka. Program Street Dakwah juga mendekati golongan ini. Perlu diingatkan bahawa, tidak semua orang punya basib yang sama dengan kita ; ada keluarga, ada rumah, dapat pendidikan sempurna, dapat duit poket, telefon dan komputer riba - mereka? Mungkin ada yang baru keluar penjara, ditinggalkan ibu sejak 5 tahun tepi jalan, berniaga dadah dengan keluarga? Siapa tahu? Jangan terlalu cepat menilai. Hidup ini ibarat roda, mereka mungkin di bawah sekarang, berkat pertolongan untuk mereka, dari segi semangat dan bantuan kewangan mahupun makanan, insyaallah mereka juga dapat mengubah nasib hidup mereka menjadi lebih baik. <copy paste>






Golongan gelandangan ni juga sebahagian daripada masyarakat. Terima mereka. Jangan dicemuh walau tak suka tetapi selitkan peribadi akhlak mulia kita terhadap mereka.

Kadang yang diperlukan manusia itu hanya kesempatan.
Kesempatan untuk memperbaiki dan kesempatan untuk mulakan yg baru.

Lol tau over sharing, baru first time join tp dari first time tu la kite akan "addicted" .
Believe me!

P/S: gambar diblurkan atas sebab terntentu.TQ




TravelogueWaddah..... bersambung

No comments:

Post a Comment